Thursday, February 5, 2009

Pergolakan politik di Perak.

Saya agak tertarik dengan pergolakan politik yang berlaku di Perak kebelakangan ini. Adun-adun yang keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan berdiri sebagai Bebas telah memberi peluang kepada Parti BN untuk menubuhkan kerajaan yang baru dengan majoriti mudah. Perkara yang menjadi persoalan ialah adakah adun-adun ini rela hati keluar daripada Pakatan Rakyat atau mereka dilobi oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan "orang-orang" tertentu. Ataupun kedua-duanya? Hal ini kerana dua daripada adun-adun ini dalam tuduhan yang melibatkan yang melibatkan rasuah seks. Adakah mereka ini keluar daripada PR dengan harapan supaya tidak disabitkan bersalah dalam kes tersebut? Daripada pemerhatian saya, mereka ini akan kekal sebagai Adun Bebas buat sementara waktu kerana mereka ini masih berhadapan dengan tuduhantersebut dan ini akan membuatkan UMNO dan BN khususnya perlu memikirkan dengan lebih teliti jika kedua-dua ini ingin melompat ke dalam UMNO. Hal ini kerana secara tidak langsung mereka berdua ini mempunyai masalah dan jika diterima ke dalam UMNO, sudah pasti secara tidak langsung akan memburukkan imej parti itu sendiri. Dan dari pandangan saya juga, jika mereka ini mahu melompat ke dalam UMNO tidak lain tidak bukan kerana dengan harapan mereka akan dibebaskan daripada tuduhan yang sedang dihadapi. Saya agak tertarik dengan kenyataan mereka ini yang disiarkan di media elektronik menyatakan mereka mahu kekal sebagai wakil rakyat kawasan mereka kerana mereka dipilih oleh rakyat. Memang benar mereka ini dipilih oleh rakyat, tetapi mereka ini dipilih atas Pakatan Rakyat, bukannya atas dasar peribadi mereka. Jika difikirkan, rakyat manalah yang mahukan wakil rakyat yang terlibat dengan tuduhan rasuah seks. (Dahlah sedang menghadapi tuduhan seks, dan pernah mengaku pulak dalam berita TV3, ada hati pulak nak kekal jadi wakil rakyat?). Fikir-fikirkan lah......